Memperkenalkan …Pusat Peranginan D’Lereng Adventure Camp n
Resort yang terletak berdekatan Lata Ulu Chepor,Chemor,Perak Darul Ridzuan.
Pembangunan pesat Bandar Meru membolehkan tempat ini menjadi
kawasan pelancongan berasaskan sungai dan air terjun disamping diselaputi hutan
hujan khatulistiwa yang mampu menarik perhatian para pengunjung yang hadir.Berbekalkan
suhu yang sejuk dan udara yang nyaman,tempat ini juga sangat sesuai bagi mereka
yang inginkan kedamaian hati dan jiwa disamping me ‘release’ kan kepala dari
segala masalah.
Pemiliknya,En. Nasaruddin berkata “pihak kami bersedia
menerima tempahan dari badan kerajaan, swasta, NGO, persatuan-persatuan ataupun
sekolah-sekolah mahupun family untuk mengadakan aktiviti di tempatnya.Tempat
ini juga terbuka kepada sumua golongan masyarakat untuk beraktiviti disini.Di
sini,kami juga menyediakan tentatif program bagi mereka yang inginkan
perkhidmatan tersebut.Antara program tersebut termasuklah slot muhasabah
diri,tazkirah agama dan jungle tracking.”
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan untuk
menjayakan pusat peranginan Ala Rimba ini. D’Lereng Adventure Camp n Resort mengalu -alukan
kehadiran anda.